Mata melingkar-lingkar sambil memerhati.
Aku ingat rasa itu dah lama mati.
Tapi aku tetap cemburu membuta tuli.
Rasa itu telah berubah kepada yang lagi satu.
Yang aku anggap sebagai penghujung individu.
Dia adalah hati aku punya ratu.
Tak pernah putus asa dan terus memburu.
Aku tidak suka rasa yang baru tadi aku rasa.
Rasa yang pedih seperti jantung tercucuk kaca.
Kenapa rasa itu tidak pergi jauh dari jiwa?
Menyibuk sahaja membuat aku terseksa.
Oh! si cemburu buta.
Kau dah selalu buat organ dalam ku parah.
Kau tak pernah jemu membuat aku marah.
Kau bijak memintal urat saraf dan salur darah.
Kau memang si buta yang keparat dan bedebah!
upload.jpg)

